Video: Kedatangan Nabi Isa Menghalang Kemungkaran

Video Ceramah Ustaz Shamsuri - Kedatangan Nabi Isa Menghalang KemungkaranKuliah Ilmu Hadith Kitab Bahrul Mazi (Terjemahan Sunan Tarmidzi) Karangan Syeikh Al-Marbawi, yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Kategori VIDEO
Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Sistem pemerintahan Islam vs Sistem Pemerintahan Dajjal?

Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Sistem pemerintahan Islam vs Sistem Pemerintahan Dajjal?

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Pemerintahan Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Jemputan Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Pusat Pendidikan Al-Barakah Manjoi, Perak

Assalamualaikum wbt.. Saudara-saudari dijemput untuk menghadiri kuliah yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, bertempat di Pusat Pendidikan Al-Barakah Manjoi, Ipoh Perak.

Jemputan Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Hebahan daripada Fan Page Ustaz Mohd. Kazim Elias

Video: Jangan Mengeluh, berdoalah..

Bersama dengan Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Dalam Rancangan Tanyalah Ustaz
Kategori VIDEO
Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz

Pakatan kata hudud bukan dasar utama, apa kes ni?

Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat Isnin lalu, telah mempertegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar kerajaan gabungan tersebut.

Mendedahkan perkara itu hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat tersebut telah membincangkan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Mesyuarat itu diadakan pada petang Isnin di ibupejabat DAP.

Dalam mesyuarat itu, tiga dokumen Pakatan - Dasar Kerja Bersama 2009, Buku Jingga 2010 dan kerjasama bersama 28 September - tidak memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam agenda pakatan untuk pilihan raya umum akan datang.

Pencuri Wang Rakyat Malaysia Belanja RM 1 Juta Ke Kazakhstan

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

PM Bazirkan duit rakyat malaysia

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

Bob LokmanKUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

Pages

Subscribe to abi Danial RSS