Danial Zahwan @ Taman Tasik Kompleks Sukan Likas - 3/7/2011

Danial Zahwan: aku nak p pasar, nak join?

Hujung minggu kali ini, kami sekeluarga isikan dengan dengan lepak-lepak di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas. Taman ini merupakan salah satu tempat yang menjadi favourite mereka-mereka yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berjogging dan sebagainya.

Setiba di taman tersebut, kami terus menuju ke kawasan tasik, untuk melihat ikan. Cuma, nasib kami agak kurang baik, kerana tiada ikan yang muncul untuk memakan roti yang ditabur di permukaan air. Lebih kurang 15 minit menunggu kemunculan kelibat ikan-ikan yang kebiasaannya muncul apabila diberikan makanan, dua ekor labi-labi perlahan-lahan muncul dari dalam air menuju tempat roti yang terapung di permukaan air. Masa tu, wajah Danial yang tadinya masam berubah menjadi ceria. )

Inilah labi-labi yang dimaksudkan, yang seekor lagi, tak muncul pulak, malu agaknya.. :)
Inilah labi-labi yang dimaksudkan, yang seekor lagi, tak muncul pulak, malu agaknya.. :)

Selepas penat menunggu beberapa lama, kami pun bergerak untuk menuju ke pasar, kebetulan pada hari itu, ada kawan nak datang ke rumah untuk menikmati hidangan ambuyat :).

ini apa abi?
Danial Zahwan: "abi, apa ni?"

Danial Zahwan & Umi: Cerianya..
Danial Zahwan & Umi: Cerianya..

Danial Zahwan: "Sapa dulu sampai di kereta?"
Danial Zahwan: "Sapa dulu sampai di kereta?"

Add new comment