Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.
Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.
Freemason - (Pengenalan - Membongkar Rahsia Freemason)Pengenalan
Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.
Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.
Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.
"Eli, Eli, lama sabakhtani?"
Pencarian mereka berjalan dari hari ke hari. Ketika tentera Islam mengambil masa untuk membuat serangan balas, The Knight Templar bertungkus lumus menggeledah seluruh Jerusalem, mencari sesuatu.
Suatu hari, sebahagian dari mereka telah menjumpai sesuatu yang amat berharga. Sesuatu yang penting. Mereka bersepakat untuk menyimpan rahsia. Namun pemimpin mereka ada agenda lain. Agenda yang suatu hari akan menyebabkan malapetaka kepada mereka. Mereka memindahkan 'harta' itu ke satu tempat. Pemimpin mereka membelek-belek 'harta' itu dan dia tersenyum. Fikirannya menerawang memikirkan rancangannya. Satu misi telah tercapai. Knight Templar harus menerima ganjarannya atas pengorbanannya di Tanah Suci!!
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord," ~ (Mark 12:29)
JIka kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada zaman-zaman awal, kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian, sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas persoalan siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau bawa.
Sejarah panjang agama Kristian telah banyak bercampur-baur dengan kelompok-kelompok rahsia (secret societies), paganisme dan ajaran sesat Kabbalah-Yahudi. Tidak boleh tidak, sesungguhnya dunia Kristian tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan kelompok-kelompok rahsia ini yang bertanggungjawab 'mempagankan' ajaran-ajaran Jesus (nabi Isa a.s) sehingga menjadi satu agama yang berwarna-warni dengan berhala-berhala dewa-dewi Rom-Mesir-Babilon, para Santo dan orang suci, Maryam si Perawan Suci dan imej-imej Jesus sendiri.
Juga tidak dinafikan peranan para Kabbalah Yahudi yang bertanggungjawab menyelewengkan kitab Injil dan menyembunyikan Firman-firman-Nya dan merekalah yang menjadi dalang kepada konsep Triniti; konsep yang tidak pernah diajarkan oleh Jesus sendiri, juga para Hawariyyun (apostles) di mana Triniti adalah berasal dari agama-agama Pagan Kuno yang selalu meletakkan posisi tiga entiti sebagai objek sembahan (deities) seperti Mesir (Horus, Isis dan Osiris), Hindu (Trimurthi-Brahma,Vishnu,Siva) dan ya, sudah pasti dari ajaran sesat Kabbalah sendiri iaitu Jahbulon (gabungan tiga dewa orang Kaldan/Chaldea,Syria Kuno dan Mesir Kuno) yang menjadi silibus peringkat tinggi hingga 33rd Degree Freemasonry.

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan.Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara',salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang;satu berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Bagi penganut Kristian yang dungu dan tidak mahu mengkaji,tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini.Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.
Rahsia yang amat terpendam beribu tahun.Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika.Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun,namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut,menulisnya dalam tulisan-tulisan,melakarkannya dalam lukisan-lukisan,mengukirnya pada ukiran-ukiran;mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya. Apakah rahsia yang amat berbahaya yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Heksagram terdiri atas dua segitiga yang posisi saling berlawanan sehingga membentuk enam sudut. Jika heksagram kita tempatkan di atas lambang Great Seal, ada 5 sudut yang mengarah pada kata-kata bahasa latin di dalamnya. Di sisi atas tertulis kata “Annuit Coeptis” yang dalam bahasa Inggeris bererti “Announcing the Beginning of”, sedangkan pada sisi bawah Great Seal tertulis “Novus Ordo Seclorum” yang berarti “New World Order”.
Hexagram yang ditempatkan di atas Great Seal, akan mengarah pada objek masing-masing, jika menggunakan pemerhatian berdasarkan arah jarum jam (kiri-kanan), maka akan diperolehi:

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini,satu untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).
Menurut sejarah Illuminati moden, William Petty, Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, adalah orang-orang yang berhasil menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.
Pengikut Adam Weishaupt yang kebanyakan adalah penganut Kabbalah, kemudian secara teratur melakukan penyusupan ke dalam "Freemasonry" yang pada waktu itu dipimpin Friederich yang Agung dari Prusia, termasuk Duc d'Orleans. Untuk kepentingan tersebut Adam Weishaupt mahukan dukungan dari orang-orang kaya Yahudi. Sejak terjadinya penyusupan itu sulit sekali membezakan antara “Illuminati" dengan "Freemasonry". Bahkan logo "Illuminati" (piramid dengan mata Lucifer di puncaknya), kemudian digunakan sebagai logo "Freemasonry" di samping logo berbentuk "sesiku dengan sebuah jangkasudut".
Membongkar Rahsia Illuminati - Apa Itu Illuminati?
Penulis: Mistis Organization

Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.
Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Angold Stadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.
Tenaga Ritual 2 (Siri 4) - Asap Opoponax
Penulis: SHAHi The ASSOCIATE
MAHDI tidak akan sedar bahawa dia adalah imam dinanti-nanti umat akhir zaman. Kita pula hanya akan sedar siapa al-Mahdi apabila al-Mahdi mengesahkan seorang lelaki yang tenang itu adalah al-Masih. Kita hanya akan tahu siapa al-Mahdi apabila sesudah kesahihan kepulangan Isa disahkannya. Waktu itu, kemunculan kedua-dua mereka (al-Mahdi dan al-Masih) berlaku secara serentak dari kaca mata kita.
Ketika najis-najis (pengasas ajaran sesat) sedang sibuk mencanang diri sebagai al-Mahdi (palsu) kepada pengikut mereka, al-Mahdi yang sebenar pula sedang sibuk menubuhkan kesatuan yang kukuh di kalangan umat Islam. Pada ketika sedang sibuk menyatupadukan umat Islam, al-Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia adalah al-Mahdi yang diutus Allah. Tidak salah jika kita andaikan, Nabi Isa adalah orang yang akan mengumumkan bahawa pemimpin itu adalah al-Mahdi yang diutus Allah untuk bersama dalam misi akhirnya, al-Masih akan mengesahkan kepada kita bahawa orang itu adalah al-Mahdi sebagaimana al-Mahdi mengesahkan orang itu sebagai Isa.
Perkara itu berlaku mungkin selepas Isa menunjukkan mukjizatnya kepada seluruh dunia, mukjizat ditunjukkan kepada dunia kerana misi Isa kali ini bukan untuk Bani Israel semata-mata seperti ribuan tahun dahulu, tetapi misi kali ini untuk seluruh dunia. Jika dahulu, mukjizat ditunjukkan kepada Bani Israel kerana itu kaum Isa, tetapi kali ini misinya sangat besar meliputi umat manusia dan umat jin.

“…and if you listen very hard, the tune will come to you at last..” – Jimmy Page, Stairway to Heaven, Led Zeppelin. (Jimmy Page memberitahu kita sesuatu).
Siapa kata tiada penyembahan syaitan secara tersirat dalam lagu-lagu dari Barat? Jika dibaca dan diamati sesebuah lirik lagu dari Barat, kita sudah jelas dengan maksud tersembunyi. Ramai yang tahu maksud tersirat dalam lagu Umbrella yang dinyanyikan Rihanna, itu hanya maksud secara terus yang mempunyai maksud sublime. Teknik yang digunakan pencipta lagu untuk Rihanna hanya di peringkat darjah satu. Malah, banyak lagi lagu-lagu yang mempunyai maksud sublime dan hanya difahami oleh sesetengah orang. Lagu-lagu itu dilafazkan dengan ayat-ayat terang dan nyata.
Tapi bagaimana pula dengan maksud tersembunyi yang benar-benar tersembunyi? Perkataannya dilafazkan secara sangat tersembunyi. Lain disebut, lain pula maksudnya jika diterbalikkan sebutannya. Teknik ini bukan di tahap darjah satu, tetapi tinggi sedikit.
Backward masking ialah teknik menterbalikkan sesuatu perkataan supaya menjadi satu perkataan lain yang tersembunyi. Teknik ini banyak digunakan dalam amalan sihir sejak zaman pagan tegar di Barat dan terus diamalkan sehingga kini. Contohnya perkataan ‘mouth’ jika diterbalikkan menjadi ‘hartoum’ mengikut kaedah reversal Wicca, bunyinya sama dengan nama sebuah tempat iaitu ‘Khartoum’ yang terletak di Lembah Tigris dan Euphrates. Itu hanya contoh.

Recent comments
1 day 8 hours ago
3 days 5 hours ago
4 days 23 min ago
4 days 31 min ago
6 days 7 hours ago
6 days 19 hours ago
6 days 19 hours ago
6 days 21 hours ago
1 week 3 days ago
2 weeks 3 days ago