Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.
Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.
Dr. Abdul Basit Abdul Rahman:
Masjid Ar-Rahman Pondok Sungai Durian, telah siap pembinaannya pada tahun 2009M. Masjid ini digunakan sepenuhnya sebagai tempat ibadat; Solat jemaah harian dan Jumaat serta tempat murid-murid dan warga pondok belajar, menadah kitab. Pembinaannya telah menelan belanja hampir 2 juta ringgit Malaysia. Setakat hari ini [23 Mei 2010 M] kami masih terhutang dengan syarikat pembinaan sebanyak RM287,310.20.
Jadi bagi sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang untuk baki pembayaran tersebut, bolehlah menyalurkannya melalui akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ini:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Nama Akaun: Masjid Ar-Rahman
No. Akaun: 03-072-01-011294-2
Atau hubungi: Abu Anas (09-9664161)
Mari kita sama-sama membelanjakan harta kita pada jalan Allah.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..
Selamat datang ke blog abiDanial.com. Blog ini adalah 'ganti' kepada blog budakweb.com yang telah online beberapa bulan lalu, yang akan hamba tutup sepenuhnya apabila semua kandungan blog tersebut telah selesai di 'backup' dan dipindahkan ke blog abiDanial.com. budakweb.com akan hamba gunakan sebagai stor penyimpanan bahan-bahan untuk ruangan muat-turun kitab dan kuliyah.
Tujuan dan misi blog ini dibina, sama seperti blog budakweb.com, cuma berbeza dari segi nama domain sahaja, hamba juga telah merancang dan melakukan beberapa penambahbaikan dalam blog ini, untuk tujuan kemudahan para pengunjung sekalian.

Recent comments
1 day 54 min ago
2 days 8 hours ago
2 days 8 hours ago
2 days 13 hours ago
2 days 14 hours ago
2 days 21 hours ago
3 days 7 hours ago
3 days 13 hours ago
5 days 8 hours ago
1 week 5 hours ago