Perhatian

Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.

Kuliyah

Himpunan kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah jumaat dan sebagainya. Ruangan Kuliyah terdiri dari dua kategori utama iaitu audio dan video. Sekiranya anda ingin berkongsi kuliah, anda dialu-alukan untuk menghantar melalui sistem email, dan pilih kategori Hantar Bahan Kuliah.

Kuliah Haji Dan Umrah

Kuliah Haji Dan Umrah
Kuliah ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad menggunakan kitab hadith Bahrul Madzi (Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi karangan Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire, HotFile.

Koleksi Kuliah Subuh - Masjid Rusila

Koleksi Kuliah Subuh Masjid Rusila
Himpunan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mengandungi lebih daripada 70 sesi kuliah.
 
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliah Kitab Fahaman Dan Idealogi Umat Islam

Kuliah Kitab Fahaman Dan Idealogi Umat Islam
Kuliah Kitab Fahaman Dan Idealogi Umat Islam (Mazhab Aqidah Dunia Islam / Firqah kalangan Umat Islam) ini dikarang dan disampaikan oleh Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Bin Awang. Kitab ini membicarakan mengenai akidah, fahaman dan idealogi umat Islam. Mengandungi 68 sesi kuliah.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliyah Kitab Bahrul Madzi - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Koleksi Kuliah Kitab Bahrul Madzi
Disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad. Koleksi ini mengandungi lebih daripada seratus sesi kuliah, Insya-Allah jika ada input terkini akan ditambah dari masa ke semasa. Kesemua koleksi kuliah ini disalin dari blog myMaktabaty.com.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliah Kitab Hidayatus Salikin Lengkap

Kuliyah Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin
Kuliah ini disampaikan oleh al-Fadhil Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman. Kitab ini merupakan huraian al-Alamah Syeikh Abdus Samad al-Falimbani rahimahullahu taala daripada kitab Bidayatul Hidayah, iaitu ringkasan kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala. Koleksi ini mengandungi 48 sesi kuliah.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliyah Kitab Riyadhus Solihin - Ustaz Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman

Kuliyah Kitab Riyadhus Solihin
Kuliah disampaikan oleh al-Fadhil Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman. Kitab Riyadhus Solihin (Taman Orang-orang Shalih) ini hasil karya Imam Nawawi rahimahullahu taala. Kitab ini membicaraka mengenai pelbagai persoalan seperti Ikhlash, Taubat, Sabar, Al-Haq, Muraqabah, dsb berdasarkan nash-nash Al-Qur’an dan Al-Hadits.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliyah Kitab Munyatul Musolli - Ustaz Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman

Kuliyah Kitab Munyatul Musolli
Kitab “Munyatul Musolli”. atau "Minyatul Musolli" (Yang Dicita-citakan oleh Orang yang Bersembahyang) ini ditulis dalam tulisan jawi lama dialek Patani hasil karangan Syeikh Daud Fatani. Kuliah ini disampaikan oleh al-Fadhil Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman iaitu sebanyak tiga puluh empat sesi kuliah
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan

Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan
Kitab Tafsir Nurul Ehsan karangan Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara. Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab tafsir Nurul Ehsan sekarang berada pada warisnya Hj Abdul Hamid Hj Ahmad. Kuliah ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad iaitu lebih kurang enam puluh sesi kuliah.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kitab Asas Fardhu 'Ain Lengkap - Ustaz Azhar Idrus

Kuliyah Kitab Fardhu 'Ain Lengkap
Assalamualaikum wbt.. Untuk pembukaan ruangan ini, kami ingin kongsikan koleksi kuliyah yang bertajuk Kuliyah Kitab Fardhu `Ain Lengkap hasil karangan Abu Nur Muizuddin. Kuliyah ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang berasal dari  Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Mungkin nama ini tidak begitu dikenali bagi kita yang berada khususnya di Sabah, negeri di bawah bayu ini.
 
Format: Mp3 | Fail Server: Mediafire

Kalendar Hijriah

Nota: Sila 'reload' browser anda untuk paparan maklumat kalendar yang terkini. Aplikasi kalendar hijrah ini dibangunkan oleh Alhabib Islamic Web Service.

Papan Kenyataan

Ruangan Hadith (40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman), Artikel Bersiri (Membongkar Rahsia Pope Roman Peter II, Cantus & Benedictine Order & Membongkar Rahsia Freemason) akan diupdate secara berperingkat. InsyaAllah.
 
Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan masa dan kekuatan untuk mengupdate artikel-artikel tersebut.
 
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.
~

Banner

Bebaskan Palestin!
 
Bersama-sama membantu saudara kita di GAZA, Palestine.
 
FIVIO - Premium Webhosting

Recent comments