Myblog Corner

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum wbt. abi Danial ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada teman-teman pembaca sekalian. Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam kehidupan kita.

Bagi yang dalam perjalanan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati. Kesabaran kita penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Melukan: Aktiviti Mencari Lukan (Lokan) di Kampung Biajid Tg. Aru, Kuala Penyu

Kawasan Melukan: Hutan Paya Bakau Kampung Biajid, Tanjung Aru. Kuala Penyu

Pada hujung minggu yang lalu, aku bersama ibu dan adik menjelajah hutan paya bakau yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari rumah kami di kampung untuk mencari sejenis kerang yang dikenali oleh penduduk daerah Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Weston dan Sipitang  sebagai lukan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan lukan? Bagaimana rupanya? Tulisan kali ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai spesis kerang yang dikenali sebagai lukan ini.

Pakar Bedah Dan Autopsi Perancis, Prof. Dr. Maurice Bucaille Masuk Islam Setelah Mengkaji Mayat Firaun


Mumia Ramesses II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Beberapa Kelebihan Orang Yang Berpuasa (Ramadhan)

Ramadhan

Ramadhan amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum membeli web hosting

Tips memilih webhosting yang baik

Kebanyakkan pengguna internet para hari ini secara umumnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook, dan ada juga yang memiliki blog sendiri. Jika kita perhatikan, ramai yang memilih untuk mendaftar akaun facebook daripada membina blog peribadi yang boleh didapati secara percuma di blogger, wordpress atau lain-lain penyedia blog. Mungkin ianya disebabkan oleh faktor populariti facebook, ditambah dengan pelbagai aplikasi menarik yang disediakan oleh pihak facebook.

Walaupun banyak laman web sosial seperti facebook, friendster, myspace, linkedin, twitter dan seumpanya, terdapat sebilangan pengguna internet yang menggunakan medium blog untuk berinteraksi, berkongsi, berbincang dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum, bagi penggemar blog, penyedia perkhidmatan blog percuma seperti blogger atau wordpress menjadi tumpuan untuk mendapat tapak pengehosan blog. Kerisauan mengenai bandwidth atau masalah keselamatan blog tidak begitu menjadi tekanan kepada para blogger, kerana pihak pihak penyedia perkhidmatan sentiasa memantau mengenai permasalahan yang melibatkan 'bug' atau berkenaan dengan masalah keselamatan.

Danial Zahwan @ Taman Tasik Kompleks Sukan Likas - 3/7/2011

Danial Zahwan: aku nak p pasar, nak join?

Hujung minggu kali ini, kami sekeluarga isikan dengan dengan lepak-lepak di Taman Tasik Kompleks Sukan Likas. Taman ini merupakan salah satu tempat yang menjadi favourite mereka-mereka yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berjogging dan sebagainya.

2 Aktivis Pemuda PAS Sabah dan 5 Orang Aktivis AMK ditahan oleh geng 'ketupat' kerana takut BERSIH

gambar pelancaran perasmian 1M 1S peringkat negeri sabah

Sedang kami (aku dan Danial) jalan-jalan di Stadium Likas untuk melihat acara pelancaran perasmian 1Murid 1Sukan peringkat Negeri Sabah, 7 orang yang terdiri daripada 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 orang aktivis AMK telah di'angkut oleh sekumpulan geng 'ketupat' seramai 40 orang.

Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh En. Lahirul Latigu dalam Harakah, penangkapan 7 orang tersebut tidak mengikut undang-undang, malah sebaliknya ianya dipengaruhi oleh sentimen politik.

Pages

Subscribe to RSS - Myblog Corner