Anonymous Hack: Laman Web Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Penggodam?

Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.

Serangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.
"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat,” kata Ismail kepada Reuters.
Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama.”
Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.
Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.
Antara komen-komen menarik pembaca Malaysiakini"
Godam je jangan dibagi muka pada kerajaan kejam + zalim neh. Selama neh ko bangga aniaya rakyat. Ko ingat rakyat neh kayu ke utk ko pijak hari2? G mamposlah! ~ AmenoWorld Situsanasini II
Inilah masa untuk menilai sejauh mana kekebalan laman web kerajaan yg dibuat menelan kos berjuta-juta RM.. ~ Joe Daud
AKU TAKUT WEBMASTER GODAM SENDIRI... SELEPAS ITU MINTA RM 500 JUTA untuk bina web baru... Inikan budaya UMNGOK... ~ Politikmelayu Pru
P/S: Macam-macam.. :)






Add new comment