Pelancaran 1Murid, 1Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, 2 Julai 2011, Stadium Likas

Danial Zahwan di stadium Likas

Pagi tadi, aku bersama best friend Danial Zahwan pergi jalan-jalan ke stadium Likas untuk menyaksikan program Pelancaran 1Murid 1Sukan peringkat Negeri Sabah. Ikut plan awal, aku memang nak jalan sendiri saja, taknak bawa Danial sebab dia tak berapa sihat, tapi masa aku bersiap-siap nak jalan, aku tak sedar yang dia dah bangun rupanya. Danial, bila nampak aku bersiap-siap, dia pun buka mulut sambil melagukan bait-bait tangisannya.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 7.30 pagi. Suasana dalam stadium agak sunyi sedikit (biasalah, mendengar ucapan perasmian), walaupun dijangka lebih 500 orang pelajar dan guru-guru pengiring dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Kota Kinabalu hadir dalam majlis pelancaran pada pagi tadi.

Walaupun masa dan pergerakan agak terhad, tapi aku sempat ambil beberapa gambar sepanjang aktiviti tersebut. Tapi, gambar yang dihasilkan, tidaklah sehebat potografi yang profesional.

Jam menunjukkan hampir 8.00 pagi
Jam menunjukkan hampir 8.00 pagi

Danial Zahwan, Pathna Rani Zulkifli & Noorlimunierah Ramlee
Danial Zahwan, Pathna Rani binti Zulkifli & Noorlimunierah binti Ramlee.

Murid-murid dari beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu berkumpul di tengah padang stadium Likas
Murid-murid dari beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu berkumpul di tengah padang stadium Likas

Guru Pengiring
Rehat sebentar...

3 sekawan

Cikgu Bungsu Gaga & Cikgu Mastan Gaga (adik beradik rupanya..)
Cikgu Bungsu Gaga & Cikgu Mastan Gaga (adik beradik rupanya..)

Ustaz Saifulzaman bin Sangul - Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Ustaz Saifulzaman bin Sangul - Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pathna Rani & Noorlimunierah: "Kami pun ikut lari juga tau :)"
Pathna Rani & Noorlimunierah: "Kami pun ikut lari juga tau :)" ~ kasi iya saja la. :p

Suasana di luar stadium: Gelagat murid-murid dan guru-guru yang ikut serta dalam larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia
Suasana di luar stadium: Gelagat murid-murid dan guru-guru yang ikut serta dalam larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia

Student SM Shan Tao
Student SM Shan Tao

Candid!
Candid!

Danial Zahwan: "Kami dah nak balik"
Pulang rumah....

Comments

Jayyid's picture

ala sweetnyeer danial

Add new comment