Perhatian

Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.

Peristiwa Akhir Zaman

Artikel yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada akhir zaman

The Keys of Kingdom of Heaven

Secret Code Revealed! - Anak Kunci Syurga
Penulis: Mistis Organization

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan.Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara',salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang;satu berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Bagi penganut Kristian yang dungu dan tidak mahu mengkaji,tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini.Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.

Rahsia yang amat terpendam beribu tahun.Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika.Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun,namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut,menulisnya dalam tulisan-tulisan,melakarkannya dalam lukisan-lukisan,mengukirnya pada ukiran-ukiran;mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya. Apakah rahsia yang amat berbahaya yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Asap Opoponax

Tenaga Ritual 2 (Siri 4) - Asap Opoponax
Penulis: SHAHi The ASSOCIATE

MAHDI tidak akan sedar bahawa dia adalah imam dinanti-nanti umat akhir zaman. Kita pula hanya akan sedar siapa al-Mahdi apabila al-Mahdi mengesahkan seorang lelaki yang tenang itu adalah al-Masih. Kita hanya akan tahu siapa al-Mahdi apabila sesudah kesahihan kepulangan Isa disahkannya. Waktu itu, kemunculan kedua-dua mereka (al-Mahdi dan al-Masih) berlaku secara serentak dari kaca mata kita.

Ketika najis-najis (pengasas ajaran sesat) sedang sibuk mencanang diri sebagai al-Mahdi (palsu) kepada pengikut mereka, al-Mahdi yang sebenar pula sedang sibuk menubuhkan kesatuan yang kukuh di kalangan umat Islam. Pada ketika sedang sibuk menyatupadukan umat Islam, al-Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia adalah al-Mahdi yang diutus Allah. Tidak salah jika kita andaikan, Nabi Isa adalah orang yang akan mengumumkan bahawa pemimpin itu adalah al-Mahdi yang diutus Allah untuk bersama dalam misi akhirnya, al-Masih akan mengesahkan kepada kita bahawa orang itu adalah al-Mahdi sebagaimana al-Mahdi mengesahkan orang itu sebagai Isa.

Perkara itu berlaku mungkin selepas Isa menunjukkan mukjizatnya kepada seluruh dunia, mukjizat ditunjukkan kepada dunia kerana misi Isa kali ini bukan untuk Bani Israel semata-mata seperti ribuan tahun dahulu, tetapi misi kali ini untuk seluruh dunia. Jika dahulu, mukjizat ditunjukkan kepada Bani Israel kerana itu kaum Isa, tetapi kali ini misinya sangat besar meliputi umat manusia dan umat jin.

Kerajaan 1Dunia

Penulis: M.O (Mistis Organization)

Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.  Mahu percaya atau tidak, bumi pasti akan musnah.  Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid/surau yang tegar, akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.  Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.  Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan, sesuai dengan apa yang dijadualkan.  Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?

Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi, terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan, menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!  Apakah tanda-tanda itu?

Ciri-Ciri Pengikut Mahdi

Penulis: Krew Free Our Mind.

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka.

Para pemuda ini akan mencintai Hazrat Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di Akhir Masa diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.

Kalendar Hijriah

Nota: Sila 'reload' browser anda untuk paparan maklumat kalendar yang terkini. Aplikasi kalendar hijrah ini dibangunkan oleh Alhabib Islamic Web Service.

Papan Kenyataan

Ruangan Hadith (40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman), Artikel Bersiri (Membongkar Rahsia Pope Roman Peter II, Cantus & Benedictine Order & Membongkar Rahsia Freemason) akan diupdate secara berperingkat. InsyaAllah.
 
Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan masa dan kekuatan untuk mengupdate artikel-artikel tersebut.
 
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.
~

Banner

Bebaskan Palestin!
 
Bersama-sama membantu saudara kita di GAZA, Palestine.
 
FIVIO - Premium Webhosting

Recent comments