Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum membeli web hosting

Kebanyakkan pengguna internet para hari ini secara umumnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook, dan ada juga yang memiliki blog sendiri. Jika kita perhatikan, ramai yang memilih untuk mendaftar akaun facebook daripada membina blog peribadi yang boleh didapati secara percuma di blogger, wordpress atau lain-lain penyedia blog. Mungkin ianya disebabkan oleh faktor populariti facebook, ditambah dengan pelbagai aplikasi menarik yang disediakan oleh pihak facebook.
Walaupun banyak laman web sosial seperti facebook, friendster, myspace, linkedin, twitter dan seumpanya, terdapat sebilangan pengguna internet yang menggunakan medium blog untuk berinteraksi, berkongsi, berbincang dan sebagainya.
Seperti yang kita sedia maklum, bagi penggemar blog, penyedia perkhidmatan blog percuma seperti blogger atau wordpress menjadi tumpuan untuk mendapat tapak pengehosan blog. Kerisauan mengenai bandwidth atau masalah keselamatan blog tidak begitu menjadi tekanan kepada para blogger, kerana pihak pihak penyedia perkhidmatan sentiasa memantau mengenai permasalahan yang melibatkan 'bug' atau berkenaan dengan masalah keselamatan.
Walaubagaimanapun, tidak semua blogger berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, malah ramai yang memilih untuk memiliki domain dan hosting sendiri yang lebih menggambarkan pemilik blog tersebut. Bagi pengguna yang baru ingin berjinak-jinak atau tengah mencari hosting yang bersesuaian, mungkin anda perlu membaca artikel ini untuk melihat beberapa tips yang 'biasa' diaplikasikan oleh para blogger/webmaster yang sudah lama berkecimpung dalam dunia internet ini.
Sebelum kita membeli hosting dari mana-mana penyedia hosting, banyak perkara yang perlu kita ambil perhatian, antaranya ialah seperti;
Harga - Harga yang mahal tidak semestinya menawarkan perkhidmatan yang bermutu. Kadang kala, dengan harga yang agak murah, kita boleh mendapatkan perhidmatan hosting yang baik. Yang penting, kita harus bijak untuk memilih dan meneliti beberapa perkara yang disediakan dalam sesebuah pakej hosting daripada penyedia perkhidmatan hosting tersebut. Tetapi, walaubagaimanapun, harga yang mahal kebiasannya menyediakan perkhidmatan yang baik.
Uptime - Ukuran masa sesebuah server itu beroperasi adalah salah satu perkara yang kita perlu ambil berat. Setiap penyedia hosting akan memaparkan maklumat mengenainya. Semakin lama server itu beroperasi, maka uptime server tersebut semakin tinggi. Walaubagaimanapun, tiada server yang menjangkau 100% uptime. Ini boleh dikatakan penyedia hosting tersebut telah berbohong. Secara kebiasaannya, uptime sesebuah server itu berada dalam lingkungan 97% - 99.9%. Waktu downtime digunakan oleh pihak penyedia hosting untuk melakukan naik taraf atau penyelenggaraan secara berkala untuk memastikan keselamatan dan performance server berada dalam tahap yang baik.
Kelajuan capaian server / pangkalan data - Ciri-ciri laman web yang digemari oleh para pengunjung ialah pada kelajuannya. Semakin laju 'page loading' sesebuah blog, maka semakin bersemangatlah para pengunjung untuk membaca kandungan blog anda. Bayangkan, anda seorang penulis yang baik, blog anda menyediakan beberapa aplikasi yang menarik, tetapi laman web anda terlalu slow, ia akan membantutkan perasaan para pengunjung anda untuk terus melayari blog anda.
Khidmat Pelanggan yang baik - Perkara ini amat penting, kerana hampir 80% pelanggan memerlukan perkhidmatan ini dari penyedia hosting. Tidak dinafikan, ramai blogger/webmaster yang berpengalaman, mereka tidak menghadapi masalah yang besar mengenai perkara ini, tetapi bagi blogger/webmaster yang baru seperti aku, khidmat pelanggan adalah salah satu medium untuk mendapatkan bantuan daripada pihak penyedia hosting.
Fasiliti/kemudahan yang disediakan dalam pakej webhosting - Perisian tambahan yang disediakan oleh penyedia hosting, contohnya seperti webalizer (analisis trafik dan statistik), backup data, domain manager, dan sebagainya yang bertujuan memudahkan kita menguruskan laman web dengan lebih mudah.
Pilih webhosting yang menyokong ciri-ciri asas perisian blog/web yang anda gunakan. Sebelum anda membeli perkhidmatan webhosting, terlebih dahulu anda perlu memastikan perisian blog yang anda perlukan dan periksa apa keperluan minimum yang diperlukan untuk memasang perisian tersebut dalam webhosting akan anda beli. Contohnya, sekiranya anda menggunakan perisian blog wordpress, anda memerlukan;
- PHP 5.2.4 atau versi yang terkini,
- MySQL 5.0 atau versi yang terkini dan;
- module mod_rewrite Apache yang telah diaktifkan.
Kenapa perkara ini perlu kita ambil perhatian? Kerana sekiranya kita terus membeli sesebuah webhosting tanpa memeriksa kesesuaian atau keperluan minimum perisian yang bakal kita gunakan, akibatnya, perisian tersebut tidak dapat untuk dipasang pada webhosting tersebut. Menjadi satu perkara yang menyusahkan kita apabila kita terpaksa untuk mencari perisian yang bersesuaian dengan webhosting kita.
Berikut antara contoh spesifikasi yang dinyatakan oleh pihak penyedia hosting kepada pelanggan.

(Perhatian: Pakej ini adalah sampel pakej dari penyedia perkhidmatan hosting Fivio.com, kemungkinan harga dan spesifikasi yang lain akan berubah pada masa akan datang. Harap maklum)
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu kita ambil berat semasa memilih hosting, tetapi rasanya cukup setakat ini dahulu. Untuk pengetahuan pengunjung sekalian, aku menggunakan perkhidmatan daripada penyedia hosting bumiputera Islam, iaitu syarikat Fivio.com. Hampir tiga tahun aku menggunakan perkhidmatan hosting daripada mereka tanpa sebarang masalah. Terdapat tiga buah domain yang telah aku gunakan bersama Fivio. Dua daripada domain tersebut sudah tidak aktif, dan satu lagi ialah abidanial.com, iaitu yang anda layari sekarang ini. Dan yang paling menarik sekali ialah, khidmat pelanggan mereka memang terbaik setakat ini. Selain itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah membantu memajukan ekonomi sesama kita. Mudah-mudahan ada balasan yang baik daripada Allah.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan hosting mereka, anda boleh melayari http://fivio.com. Wslm..






Add new comment