Freemason

Sistem pemerintahan Islam vs Sistem Pemerintahan Dajjal?

Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Sistem pemerintahan Islam vs Sistem Pemerintahan Dajjal?

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Pemerintahan Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Pakatan kata hudud bukan dasar utama, apa kes ni?

Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat Isnin lalu, telah mempertegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar kerajaan gabungan tersebut.

Mendedahkan perkara itu hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat tersebut telah membincangkan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Mesyuarat itu diadakan pada petang Isnin di ibupejabat DAP.

Dalam mesyuarat itu, tiga dokumen Pakatan - Dasar Kerja Bersama 2009, Buku Jingga 2010 dan kerjasama bersama 28 September - tidak memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam agenda pakatan untuk pilihan raya umum akan datang.

Membongkar Rahsia Freemason (Siri 02) - Kaitan Antara Pagan, Mesir Kuno dan Kabbalah

Kaitan Antara Pagan, Mesir Kuno dan Kabbala

Pelbagai sarjana Timur dan Barat telah lama mengkaji tentang gerakan rahsia ini berabad-abad lamanya walaupun pergerakan ini menyamar dan menyelinap di pelbagai pertubuhan, kesatuan atau nama yang lain. Ada di antara mereka ini tidak kira Muslim atau bukan Muslim dibunuh, didera ataupun diugut supaya meninggalkan kerja-kerja mereka menyiasat pergerakan mereka. Di sini, seorang pengkaji konspirasi iaitu saudara M.O a.k.a Mistisfiles ingin mengajak para pembaca menyiasat bersama susur galur Freemasonry menurut pelbagai sarjana termasuk Harun Yahya, seorang cendekiawan yang terkenal memerangi golongan materialisme.

Semasa Musa masih hidup, bani Israil telah mulai membuat tiruan dari berhala-berhala yang mereka lihat di Mesir dan menyembahnya. Setelah Musa wafat, makin sedikit yang menghalangi mereka dari penyelewengan lebih jauh ke kedurhakaan. Tentu saja, hal ini tidak terjadi pada semua orang Yahudi, tetapi sebagian mereka memang mengekstrak paganisme bangsa Mesir. Tentu saja, mereka meneruskan doktrin-doktrin kependetaan Mesir (para ahli sihir Fir'aun), yang menjadi asas bagi kepercayaan kaum itu, dan merosak keimanan mereka sendiri dengan memasukkan doktrin-doktrin ini ke dalamnya.

Ada apa dengan 1 May?

Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Subscribe to RSS - Freemason