Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Pemerintahan Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.
Komen Terbaru