Perhatian

Kepada semua pembaca blog yang budiman, kami mengalu-alukan anda ke blog ini. Walaubagaimanapun, jangan jadikan blog ini sebagai sebab untuk kita cuai pada perintah ALLAH.

Tazkirah

Ruangan Tazkirah

Selamat menunaikan ibadah PUASA Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa, mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk mencari yang haq dan meninggalkan yang bathil. Dalam kesempatan ini, mari kita sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk meneliti sedikit tazkirah yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mudah-mudahan ada manfaatnya.

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tanpa Kita Sedar

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.

Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.

Ciri-Ciri Pengikut Mahdi

Penulis: Krew Free Our Mind.

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka.

Para pemuda ini akan mencintai Hazrat Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di Akhir Masa diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.

Bersyukur Kepada Allah

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa...

Alhamdulillah... Kali ini, hamba ini berkongsi satu artikel yang menarik untuk kita hayati bersama, artikel ini hamba petik daripada blog MistisFiles, yang juga merupakan penulis konspirasi tanah air. Penulis () mengupas konsep syukur kepada Allah. Mari sama-sama kita renung-renungkan....

Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.  Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.  Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.  Apa dia? Toyota Estima Hybrid? Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System? iPhone 3GS berkelajuan 833MHz? Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore?

Toyota Estima Hybrid? Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System? iPhone 3GS berkelajuan 833MHz? Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore?

Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu?Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna?Ooo...  Itu kurang tepat tuan-tuan...  Itu juga nikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah NAFAS yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Kalendar Hijriah

Nota: Sila 'reload' browser anda untuk paparan maklumat kalendar yang terkini. Aplikasi kalendar hijrah ini dibangunkan oleh Alhabib Islamic Web Service.

Papan Kenyataan

Ruangan Hadith (40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman), Artikel Bersiri (Membongkar Rahsia Pope Roman Peter II, Cantus & Benedictine Order & Membongkar Rahsia Freemason) akan diupdate secara berperingkat. InsyaAllah.
 
Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan masa dan kekuatan untuk mengupdate artikel-artikel tersebut.
 
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.
~

Banner

Bebaskan Palestin!
 
Bersama-sama membantu saudara kita di GAZA, Palestine.
 
FIVIO - Premium Webhosting

Recent comments