Hari RABU yang MENGGELISAHKAN

Hari Rabu selalu dikaitkan dengan pengumuman kadar harga minyak di Malaysia. Hal tersebut sudah pasti sedikit sebanyak memberi kesan bukan sahaja kepada emosi individu, bahkan ia juga bakal merungsingkan poket dan dompet-dompet sebahagian besar di kalangan kita selaku pengguna dan rakyat marhaen.

Saya menulis bukan bertujuan untuk memberikan perkongsian “TIPS UNTUK MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA MINYAK” walaupun sememangnya saya seorang usahawan online. Namun saya suka membawa anda kepada suatu sudut pandang lain yang agak berkaitan dengan topik ini. Read more

Suaminya bukan Mr. Arrogant

Pernah suatu ketika dulu, dia selalu kejutkan aku setiap jam 1 pagi untuk temankan dia bikin kuih. Dia tidak minta apa-apa bantuan dariku, dia hanya minta aku untuk tidur di ruang tamu, sebab dia takut sendirian, kebetulan cerita balan-balan memang sedang hangat waktu itu.

Hampir setiap hari waktu bekerja, 8 daripada 20 kuih berjaya aku jual setiap hari di pejabat, selebihnya aku beli dengan duitku sendiri dan sedekahkan kepada kawan-kawan. Aku hanya mahu dia rasa gembira apabila dia nampak aku bawa bekas kosong waktu pulang ke rumah. Read more

abi & Iman Layan Youtube Omar dan Hana

Layan karena anak manja abi. Kusyuk betul Iman menonton video Omar dan Hana di Youtube.

Orang kata, anak perempuan lebih manja dengan ayah berbanding ibunya. Mungkin ada kebenaran di sebalik kata-kata tersebut 😛

Yang ada anak-anak kecil suka menonton video tu, bolehlah subscribe video Omar & Hana di Youtube. Sebelum itu, jangan lupa ya, sebagai ibu-bapa, kita kena bijak mengawal supaya anak-anak tidak terover layan video. Terlebih layan video, tak baik untuk kesihatan mental dan fizikal 😛