Re-post: Sinetron Bring Me To Buayan

Tatkala halusinasi melanda…
Minda berperang…
Fizikal sudah tidak berupaya…
Suara halus menjelma…
Seperti gollum, berbicara umpama ada teman disisi…
Namun hakikat, berbicara dengan diri sendiri…

“Aku boleh selesaikan course ini, aku boleh, ini bukan kali pertama.”

“Ah, kau DNF lah, ini diluar kemampuan kau, kau sudah tidak mampu, kau lihatlah keadaan dirimu sekarang, habis sudah tenaga yang ada, tiada apa yang tinggal.”

“Hello, excuse me, aku punya semangat juang yang tinggi, aku boleh, kau ingat! aku pernah jadi ultra finisher, aku tahu apa yang aku sedang buat sekarang!

“Muahahahahahahahah… Karut!! Temberang!! Kau hanya omong kosong, kau fikir semua ultra sama? Dan helllllo, kau hanya pernah finisher ultra sekali, ingat tu, SEKALI sahaja. Kau sudah lupa masa tu macam mana? Kau sudah lupa yang buasirmu terbonjol keluar?… dan sekarang kau cakap yang kau boleh? Kemon lah, realistik sikit, bukan semua ultra sama feel dia, dan sekarang kau tengok dirimu, apa sudah jadi? Huh! Kau omong kosong. Sudah! Dengar kataku, DNF saja, kau teruskan perjalanan dan cari checkpoint atau water station, kau bagi tau krew yang kau mau DNF!”

Bring Me To Buayan 50 KM
Bring Me To Buayan 50 KM

“Aduh, krew kata tidak boleh DNF sekarang, sebab kalau mahu DNF, kena DNF masa di Checkpoint Terian tadi, dan tiada krew yang boleh pickup ke starting line sebab kereta 4×4 tidak boleh lalu, jalan terlalu licin, berlumpur dan sangat berbahaya masa ini, sudah terlewat untuk DNF, kalau nak DNF pun, kena jalan kaki juga sehingga sampai di last water station, krew yang bertugas pun kena jalan kaki juga.”

“Muahahahahahaha…. Sekarang apa kau rasa? Oren? Padan mukamu!!”

” ….&/:;}#^%* ”

Hujan turun dengan lebat sekali…
Jalan berlumpur, becak dan sangat licin…
Puncak bukit masih nun jauh di sana…
Bunyi lagu di earphone sayup-sayup kedengaran…
Yang pasti irama rintik-rintik hujan jelas berdendang…
14km lagi ke finishing line…
Perjalanan mesti diteruskan..
Bolehkah aku survive…?

monologue-_sinetron-bring-me-to-buayan-50k_-2
di starting line bersama Fadzley & Salleh

“Aduh, jauuuuuhnya lagi ke puncak bukit, popliteal fossa kiri ni makin sakit… ya Allah bantulah aku…”

“Kau degil, kau ada peluang untuk tidak berada di sini, kau kata kau pernah lalui ultra, kau sudah lupakah betapa seksanya untuk ke finishing line? Tiada apa yang kau dapat selain penat dan seksa begini, kenapa bah kau degil sangat ni, kalau kau tidur di rumah tadi, kau tidaklah perlu melalui semua kesandian ini…”

“Diamlah, kata-katamu negatif, sangat tidak membantu aku”

“Okay lah bhai, beginilah, kau teruskan perjalanan, rasailah seksanya, sebab itu pilihanmu. Kau berhenti di tengah bukit ini, tertunduk dengan rokok era basah di tangan, dengan coki-coki, semua ini tidak membantu kau untuk habiskan misi seksamu ini. Kau teruskan perjalanan, rasai dan hayati penderitaan pilihanmu!”

Dengan saki baki semangat dan tenaga yang ada, aku teruskan perjalanan, berbekalkan rokok era, coki-coki dan alunan musik di telinga. Sesekali, kedengaran suara dari runner-runner yang lalu “ok ka bro?, steady bah, tinggi betul bukit ini, bah pelan-pelan ya inda lagi jauh ni…”

Keadaan popliteal fossa kiri yang semakin sakit, aku cuba bertahan untuk terus mendaki. Sesekali aku berhenti rehat, menyesali kerana ikut event ini tanpa study elevation chart yang sudah diberikan oleh penganjur. Tapi semua itu tiada gunanya, sudah terlambat untuk menyesal.

Aku memilih untuk mendaki secara perlahan-lahan, cuba jimatkan tenaga sebaik mungkin, kerana aku perlukan tenaga untuk lari semasa downhill. Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya sampai ke puncak pertama setelah bertungkus lumus mendaki jalan yang penuh becak, licin dan duka lara tidak terhingga, hanya ada satu bukit lagi tinggal untuk ditawan, tapi aku tidak segusar seperti bukit tadi yang penuh pancaroba, sekurang-kurangnya bukit terakhir itu asphalt, tiadalah lagi lumpur yang menyukarkan pergerakan. Inilah masanya untuk aku “cut” masa yang terbuang di bukit tadi.. Yeah im ready to bomb da downhill…

Aku sudah jimatkan tenaga sebaik mungkin, dan aku sangat ready untuk layan downhill… Tapi….. Guest what? Aku tidak boleh berlari… Why?? Dengan keghairahan setelah bertemu downhill section, aku sudah terlupa yang popliteal fossa ku yang sangat sakit, dan akhirnya akibat kesakitan itu, aku terpaksa berjalan perlahan-perlahan menuruni bukit dengan sejuta perasaan kecewa. Aku menukar playlist mp3 ku dari lagu-lagu Cromok yang sepatutnya aku layan untuk downhill kepada lagu-lagu cinta yang penuh syahdu lagi pilu, semua lagu kudengar seakan jelek dan mengejek, mahu saja aku banting telefonku, nasiblah aku ingat yang telefonku tiada kena mengena dalam membuat keputusan untuk join event ini… Entah mengapa, aku tiba-tiba teringat kata-kata si Scoot Jurek dalam sebuah video yang aku tengok di youtube, dia cakap “if you can walk, you can run” YES, I CAN WALK, BUT I CAN’T RUN. Kau PENTIPU Scott!! Kau PENTIPU…

Hanging bridge somewhere near to Buayan water station / check point
Hanging bridge somewhere near to Buayan water station / check point

Perjalanan perlu diteruskan, tiada guna lagi berangan untuk berlari downhill, memang aku tidak fit, aku inda prepare, aku tak kuad, memang aku buncit, memang… memang.. memang….

Okay-okay, stop sekejap drama, iklan. Apa bah ni popliteal fossa ni? Mesti ada yang tertanya-tanya, sebab aku tahu, ramai yang segan nak tanya dengan Encik Google. Sebenarnya aku pun baru tahu juga semasa menggoogle cara menyembuhkan kesakitan yang aku alami, aku pun bukan tahu sangat pasal ini.. Senang cakap popliteal fossa ni… Anu bah.. itu belakang lutut, di area pelipatan lutut tu.. hehehe

Mud, mud and mud
Mud, mud and mud

Okay, drama diteruskan semula, tapi malangnya sudah tiada lagi drama, yang tinggal hanya duka sehingga hampir ke finishing line, dan ajaibnya bila hampir di finishing line, boleh pula berlari semula, seperti hilang semua rasa perit, sedih, sakit dan sebagainya… hek el lehhh.. dan aku pasti ada runner yang begitu kan?

11 jam 30 minit 58 saat, masa yang jam aku record. Official time masih belum pasti, kena tunggu result official dari penganjur lah.

Apa-apapun, tahniah kepada semua runner, sama ada yang selesai mahupun DNF. Tahniah kepada rakan training, نوورفدذلي جملددي kerana berjaya selesaikan misi dengan catatan masa di bawah 10 jam, sekaligus PB buat beliau, dan tahniah kepada Mr. Salleh, anda sangat inspiring sekali, ini adalah 1st ultra untuk beliau dan aku pasti beliau pasti ada drama untuk dikongsikan, begitu juga runner-runner yang lain, masing-masing ada drama tersendiri. Sempat juga berkenalan dengan beberapa runner, iskandar (sarawak), fadzli (belgium) & henry (papar).

Special thanks kepada Abu Sofiyya yang menyediakan transport dan daging payau yang sangat menyelerakan. Eh, bila pula kau pandai memasak ni?

Akhir sekali, tahniah dan terima kasih buat penganjur event Sabah Trail Seekers (Running), anda semua memang super awesome, semua water station ada 100 plus, di CP Buayan ada makan, di finishing line pun ada makan, dan makanan mencukupi sehingga peserta yang terakhir tiba (mungkin, sebab masih banyak aku tengok soto masa jam 10 malam)..

Gambar? Sikit-sikit saja, sebab hujan, almaklumlah, bukan waterproof, maybe next time..

Menyesal? Jera? Trauma? Entahlah…

-sinetron end-

1 Comment

  1. […] navigation ← Re-post: Sinetron Bring Me To Buayan Re-post: Ruhiang Kiulu Adventure Challenge 2017 […]

    Reply

Leave a Reply

Scroll to top
%d bloggers like this: