Suaminya bukan Mr. Arrogant

Pernah suatu ketika dulu, dia selalu kejutkan aku setiap jam 1 pagi untuk temankan dia bikin kuih. Dia tidak minta apa-apa bantuan dariku, dia hanya minta aku untuk tidur di ruang tamu, sebab dia takut sendirian, kebetulan cerita balan-balan memang sedang hangat waktu itu.

Hampir setiap hari waktu bekerja, 8 daripada 20 kuih berjaya aku jual setiap hari di pejabat, selebihnya aku beli dengan duitku sendiri dan sedekahkan kepada kawan-kawan. Aku hanya mahu dia rasa gembira apabila dia nampak aku bawa bekas kosong waktu pulang ke rumah.

Aku lahir dalam keluarga asal dari kampung dengan status ekonomi yang sangat kurang berkemampuan, aku sangat biasa dan boleh hidup gembira dalam keadaan sebegitu, cuma kadang-kadang aku terlupa, bahawa aku dan dia bukanlah orang yang sama. Walaupun begitu, dia TIDAK PERNAH sesekali mengeluh sejak aku mengenali dia sehingga sekarang, walaupun kadang-kadang aku acah-acah test dia, akhirnya panjang bebelan dan ceramahnya pasal mengeluh ini, padahal aku test saja bai tu.

Dia sangat berbakat dalam bisnes. Minatnya dalam bisnes menjadikan dia seorang yang multi talented dan multi tasking. Mungkin dia mengambil inspirasi dari abang dan kakak-kakaknya yang sememangnya menyara kehidupan melalui bisnes.

Sewaktu pertama kali dia bisnes STG, aku terpaksa menjadi seorang autodidact, di luar pengetahuannya, aku push diriku untuk gain knowledge sebanyak mungkin sebagai langkah pencegahan supaya dia tidak lagi kecewa seperti bisnes-bisnes yang dia buat sebelum ini. Aku hanya ingin dia gembira dan berjaya dengan apa yang dia usahakan.

Bisnes STG membuatkan dia ceria, dia bukan sahaja diajarkan dengan pelbagai ilmu perniagaan malah diajarkan ilmu tentang kehidupan. Aku perhatikan perkembangan bisnes yang dia usahakan, walaupun ada waktunya dia merasakan seolah-olah aku tidak memberikan sokongan terhadap apa yang dia lakukan. Aku terpaksa buat begitu, sebab aku khuatir, kegembiraan yang melampau akan bertukar suatu yang tragis apabila bisnes yang diusahakan menemui jalan buntu atau kegagalan.

Semakin lama dia bisnes STG, semakin aku menyedari bahawa aku tidak perlu lagi risau, kerana bimbingan daripada mentor-mentor dan sesi perkongsian ilmu serta support system yang bagus sangat membantu dirinya untuk menggapai impian yang dia cita-citakan.

Tidak semua perjalanan suatu bisnes mudah dan gembira. Ada masa kita akan mengalami saat-saat yang sukar disebabkan perkara-perkara di luar kawalan manusia. Dan pada waktu ini aku merasakan yang aku kena “turun padang” sambil memegang erat jari-jemarinya yang kecil molek, kerana aku tidak ingin melihat dia bersedih dengan cabaran yang dihadapi dalam bisnes. Pada waktu ini, apa yang aku pelajari mula aku aplikasikan sebagai suatu tambahan yang sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tidak banyak, tapi ada impak walaupun sangat sedikit. Dan benarlah kata orang-orang lama, sesuatu ilmu yang kita pelajari itu, jika kita aplikasikannya, sedikit sebanyak akan memberikan manfaat kepada kita dan orang lain di sekeliling kita.

Kini, dia telah berjaya mencapai impiannya. Aku sangat berbangga dan gembira dengan apa yang telah dia capai. Dan kami ada misi yang sangat besar dan berat menanti di hadapan kami iaitu membantu dan membimbing SEMUA rakan niaga untuk mencapai impian mereka.

Dont be afraid to DREAM BIG
DREAM… without GOAL are just DREAM.

Coretan manusia di sebalik tabir…
Abi Danial #abgpenjualkopi — elitBEST Analyst

Leave a Reply