Re-post: TMBT 50KM Ultra Trail 2016

Colour Coil TMBT 2016

The Most Brutal Beautiful Thing (TMBT)

Borneo Ultra Trail Sdn. Bhd28/10/2016, jam 10 malam  — Kurang 10 jam sebelum acara TMBT, aku dan brother Musli memulakan perjalanan dari rumah menuju ke Kampung Lingkubang, Kota Belud yang menjadi lokasi starting line untuk TMBT 2016.

Setelah hampir dua jam setengah perjalanan menaiki land cruiser BG60 milik brother Musli melalui jalan Tamparuli, akhirnya kami tiba di Kampung Lingkubang sekitar jam 12.30 pagi. Setelah tiba di sana, kami segera mencari dan mengenal pasti lokasi starting line untuk acara esok. Selepas menjumpai lokasi starting line, aku dan adikku kembali ke kereta untuk berehat melelapkan mata. Jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 1.00  pagi, bermakna aku ada kurang daripada 5 jam untuk tidur sebelum acara bermula jam 7 pagi pada keesokan harinya. Read more